[Al Asr... A Moment]

[corat coret]

Tuesday, July 14, 2009 at 10:56 AM
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

tetibe teringat tentang hadis nie mase terbace satu artikel. hadis nie kalau kite tengok berkisar kepada 7 golongan yang mendapat perlindungan Arasy Allah s.w.t. bayangkan kalau kite tergolong dlm salah satu golongan yg disebut dalam hadis nie... x ke terase betape untungnye kat yaumul qiyamah kelak?

lagi2 kalau kite tengok golongan "dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah" dan orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!". kalau la kite tgk2 zaman yang kite ade skarang nie... bukan senang nak tolak godaan dunia kalau bekalan ilmu agama x cukup.

kite ambik contoh, mcm seseorang diajak buat maksiat... dan maksiat itu boleh jadi macam2 mende... dari "mencuci mata" tgk perempuan ke dan contoh2 lain yang boleh dikaitkan dengan 2 golongan diatas, berapa ramai di kalangan pemuda dan pemudi ISLAM yang boleh cakap, atau menterjemahkan dalam perbuatan dengan dua kalimah yang cukup ringkas tapi macam berat dalam pelaksanaannye... iaitu "inni akhafullah", saya takutkan Allah.

begitu juga dalam hubungan antara sahabat2... kadang2 ada laki or perempuan yang "berbaik-baik" antare satu sama lain. mungkin ada maksud tersembunyi, mungkin juga tidak... tapi as a safety precaution... kite amalkan konsep "husnul zan" selagi mana perkare tersebut x melanggar syarak. tapi bagi sy... dlm sahabat adalah orang yang nak masuk beriringan dengan kite ke dalam syurga... bukannye nak same2 terjun dgn kite ke dalam neraka. mereka nie gak hendaklah golongan yang ikhlas menghubungkan silaturrahim.. bukan kerane nak mengharapkan balasan dan tidak mengharapkan ape2 sgt melainkan keredhaan Allah s.wt. Atau dalam ayat yg mudah... sepatutnye merekalah yang membantu kite mendekatkan diri dengan Allah dan Rasulnye....

Bagi seseorang yang x yakin die mampu jage batas2 syarak dalam pergaulan... mungkin lebih baik die berpisah... dan perpisahan itu adalah kerana Allah... dan dilakukan dengan baik. ingatlah firman Allah “berpegang teguhlah kamu semuanya pda tali(agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai”(surah Al-Imran:103). Tapi slalu jugak perpisahan tersebut berlaku dengan care yang agak x elok... berdendam... memburukkan satu same lain... tp insyaAllah... kalau dibuat kerana Allah, akan terlihat kebaikan dan faedahnye.

dari sudut percakapan mmg nampak mcm sng je nk cerite tentang golongan2 yang dimaksudkan dalam hadis nie... tp dari segi amali... bkn sng nak amalkan. jadi perbekalkanlah diri kite dengan ilmu agama yang secukupnya. bukan lah bermakne kite perlu jadi ustaz atau ustazah mahupun alim ulama'. kerane kebanyakan kite bukan ambik ilmu hadis, usul fiqh dan sebagainye. dan paling penting bagi sy ialah dari segi mendidik hati2 manusia... kerana hati itu berbolak balik... sng dipengaruh oleh pelbagai perkare dan kerana hatilah yang menentukan sifat dan perlakuan manusia. seperti sabda Rasulullah:

".....Ingatlah, sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya. Yang demikian itu ialah hati" (Riwayat Bukhari).

Jadi setakat nie sajelah coretan sy malam2 bute nie... mungkin ade kekurangan dlm coretan nie... jd sile2 lah tegur... dan semoga kite termasuk dalam salah satu golongan yang dimaksudkan dalam hadis di atas... InsyaAllah :)

Jazakallahu khairan kathiran...









0 comments

Post a Comment