[Al Asr... A Moment]

|at-Tadhiyyah|

Saturday, November 28, 2009 at 8:54 AM

assalamualaikum

aidiladha kembali lagi tahun ini, pada 1430H @ 2009… alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menyambutnya di bumi Allah ini. bila berbicara tentang aidiladha, kita tidak lepas dari berbicara tentang korban, dan bila berbicara tentang korban teringat saya kepada at-Tadhiyyah.

at-Tadhiyyah bermaksud mengorbankan harta, jiwa, masa dan segala galanya untuk mencapai tujuan. sebagai seorang muslim, pengorbanan kita mestilah kearah untuk mencapai keredhaan Allah. contohnya seperti dalam jihad masyarakat Palestin menentang rejim Zionis, mereka mengorbankan apa yang mereka miliki untuk menuntut hak mereka ke atas tanah suci ke 3 umat Islam.

jika kita hayati takbir raya… kita bertakbir yang kita beribadat kepada Allah dengan ikhlas dan kita hanya memohon perlindungan daripadanya dari orang2 kafir. ini membuatkan saya teringat sebuah hadis:

Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. murka terhadapnya dan Allah S.W.T. akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah S.W.T. itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah S.W.T. dan menyebabkan manusia murka, maka Allah S.W.T. akan menyukakannya dan Allah S.W.T. akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakannya kerana menyukakan Allah S.W.T. Sehingga Allah S.W.T. akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah S.W.T. akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai."

 

Hadith riwayat Tabrani dan Majma uz Zawaid

begitu juga dengan kita yang berada di jalan dakwah, dan sahabat2 lain yang sedang memperjuangkan Islam di setiap inci bumi Allah ini. bukan senang untuk berkorban tetapi ingatlah, tiada dakwah tanpa jihad, dan tiada jihad tanpa pengorbanan. ingatlah kita tentang firman Allah:

” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (34:39)

 

                                                                     3664968762_d6e0b3dfcc

 

” Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”

(61:10-11)

0 comments

Post a Comment