Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
kalau kite belek2 balik kitab hadis 40 imam nawawi.. mesti terjumpe hadis nie yang teramatlah popular... sape yang x penah dengar mmg agak pelik la... haha... bahkan x silap saye ade 1 lagu Xifu tentang hadis nie...
seperti yang dikatekan oleh Imam Abu Daud:
"Hadith ini merangkumi satu perempat dari ajaran Islam. Barangsiapa yang memperdalaminya, ia akan memperolehi semua kandungan yang disebutkan di atas, kerana hadith ini mencakupi penjelasan tentang halal, haram dan perkara2 syubhat, apa yang boleh memperbaiki hti dan yang merosakkannya. Semua ini menuntut kepada kita untuk mengetahui hukum2 syariat, dasa2 dan cabang2nya. hadiths ini juga merupakan dasar bagi sikap wara', iaitu meninggalkan yang syubhat"
kalau kite perhatikan ape yang dikatakan oleh Imam Abu Daud, mesti kite tahu betape besarnye taraf hadis nie. betapa, Rasulullah menekankan tentang perkare2 yang halal dan haram serta perkare yang diantara kedua2nya.
begitu juga penekanan dari segi kehormatan diri, kesucian agama Islam, penegasan terhadap meninggalkan perkara2 yang syubhat dan pelbagai aspek Islam dan kehidupan yang boleh kite kupas dari hadis ini sahaja. saya suggestkan supaye kite sume baca sedikit dgn lebih mendalam tentang hadis nie... tetapi tentulah dgn org yang arif dan bukan bace2 sendiri je...
mari kite sentuh ape yang kite buat hari ini... banyak diantare kite termasuklah saya KURANG menjage perkare2 yang syubhat... banyak gak kalo nak cerite satu2... jadi baiklah kite muhasabah balik ape bende yang kite dah buat... kerana silap haribulan kite terbiase dgn perkare2 yang syubhat and then melangkah pulak ke alam perbuatan2 yang haram... nauzubillahi min zalik.
tapi.. yang sedihnye sekarang... byk alasan yang kite bagi nak menghalalkan sesuatu... walaupun terang2 perkare tersebut dilarang. bagi saye... perkare yg sng bagi kite utk lakukan ialah, kite tanye balik diri kite... agak2 Allah suke x kite bagi alasan tersebut?
kat dunia nie mmg kite boleh putar belit dengan kemahiran bahasa dan logik yang mantap tentang sesuatu perkare... tapi... fikir2kanlah... adakah kite mampu nak putar belit di akhirat nanti? dihadapan semua saksi dan Khaliq yang maha agung?
renung2kanlah dan semoga kite menjadi insan yang lebih baik dalam mengharungi dunia hari ini dan esok.... :)
0 comments