[Al Asr... A Moment]

|Risalah Membentuk generasi Al Quran|

Friday, February 19, 2010 at 7:43 PM

Kisah 1


“Ketika saya kecil, ibu dan ayah saya mendidik saya dalam suasana al-Qur’an sehingga hati saya amat terkesan dengan ayat-ayat al-Qur'an. Terutama ayat-ayat yang menganjurkan kita untuk menolak kezaliman dan pemerasan.Antaranya adalah firman Allah dalam surah asy Syura ayat 39 yang bermaksud : "Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim, mereka membela diri." Ketika ibu saya meninggal dan hati saya dirundung kesedihan saya sentiasa merenung surah al-Fajr, "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam kelompok hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga Ku"
Inilah antara coretan yang ditemui dalam salah satu lembaran diari kecil hingga kini tetap terpelihara. Di atas lembar-lembar diari itu, tertulis petikan ayat-ayat al-Qur’an. Begitulah sepintas kenangan manis masa kecil milik Alija Izzatbegovic. Sosok itu menghadapi badai permusuhan hebat yang menghempas agama dan bangsanya di Bosnia Herzegovina.
Inilah antara cebisan kisah peribadi-peribadi yang dibentuk oleh gema al-Qur’an dalam jiwa mereka sejak kecil.
Gema al-Qur’an semasa mereka kecil amat mempengaruhi kehidupan dewasa……


Kisah 2


“Ayahku menyimpan cita-cita agar Allah memberinya rezeki seorang anak yang mempunyai suara dan bacaan al-Qur'an yang indah. Ternyata, puteranya, tak ditakdirkan memiliki suara yang merdu. Puteranya itu sekadar menjadi seorang yang suka menyemak bacaan al-Qur'an. Ayahku sering mengundang para qurra' untuk tilawah al-Qur'an di rumahku. Bermula dari detik itu, sedikit demi sedikit, kesenangan dan rasa sukacita itu tumbuh subur dan memekar dalam jiwaku. Bila terdengar al-Qur'an dibaca, aku yang masih kecil terdiam dan menyemaknya dengan penuh perhatian. Berkembanglah keterpautan jiwaku dengan al-Qur'an. Dan kelak, aku memang sekali lagi tak menjadi qari'ul Qur'an……”
Namun putera ini termasuk segelintir para tokoh pemikir Islam yang memiliki saham besar dalam arus kebangkitan Islam di zaman kini. Sayyid Qutb nama yang tidak asing dalam dunia Islam. Beliau bukan qari’ul Qur’an namun beliaulah pengarang kitab Tafsir al-Qur’an – Fi Dzilalil Qur’an…….


Kunci kemenangan Baca Qur'an
Al-Qur'an telah terbukti menjadi kunci kemenangan dan ‘izzah kaum muslimin Sip, mantap!. Suatu ketika dahulu tatkala dalam dada umat tertanam kedekatan serta pemahaman yang dalam terhadap al-Qur'an, mampu mengobarkan semangat seterusnya melahirkan kekuatan sangat besar. Dalam siri-siri peperangan, banyak kisah sahabat yang berjaya meraih kemenangan melalui bacaan al-Qur'an. Dalam perang Qadasiyah contohnya, Umar ra memerintahkan Sa'ad bin Abi Waqash ra untuk membaca dan memperdalam kandungan ayat dalam surat al-Anfal di kalangan pasukannya. Lalu terjadilah perubahan dahsyat dalam jiwa pasukan Islam. Mereka bangkit setelah hampir tewas dan kehilangan semangat hingga mampu meraih kemenangan. (Hayatu shahabah 4, hal 556).


Malah keistimewaan orang yang membaca dan mempelajari al-Qur'an diumpamakan oleh Rasulullah, ibarat suata bejana yang penuh berisi minyak wangi yang baunya selalu semerbak di mana-mana (Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi, Abu Daud). Peribadi al-Qur’an bagai sebuah mercu obor yang memancarkan cahaya dan memberi terang di malam gelap kepada umat manusia.


Maka tidak ada yang lebih baik kecuali berusaha mengenalkan seseorang pada al-Qur'an sejak dini Sip, mantap!. Kisah Alija dan Sayyid Quthb semasa kecil di atas, boleh dijadikan ibrah bahawa pendidikan al-Qur'an sejak kecil, sebagai tonggak utama terbentuknya mental dan keperibadian anak yang sihat dan diredhai Allah SWT. Dalam petikan kisah di atas juga ternyata menunjukkan kesan yang lahir dari kedekatan seseorang dengan al-Qur'an. Alija yang terlatih dengan ayat-ayat Allah contohnya sentiasa menghubungkan garis peristiwa hidupnya dengan ungkapan-ungkapan al-Qur'an. Sayyid Quthb pula yang sejak kecil memiliki rasa hormat yang demikian agung dalam hatinya kepada al-Quran, sehiagga di akhir hayatnya, beliau dapat dengan tenang menyongsong syahadah di tiang gantung demi membela aqidahnya.


Oleh itu sudah sewajarnya seorang anak, sejak kecil diusahakan untuk memiliki ikatan-ikatan rohani melalui gema al-Qur’an. Sehingga jiwanya memiliki kejernihan, cahaya, keimanan dan keikhlasan. Menjadi tanggungjawab kedua ibu bapa untuk membuka mata anak sejak kecil untuk mengetahui prinsip baik dan buruk, masalah halal dan haram, benar dan salah, dosa dan pahala sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an. Rasulullah SAW bersabda:"Suruhlah anak-anakmu mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya…"(Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu al-Mundzir).


Ikatan rohani dalam jiwa anak
Pendidikan al-Qur'an adalah salah satu ikatan rohani yang paling efektif untuk mendidik jiwa seseorang. Rasulullah SAW bersabda: "Didiklah anak-anakmu dalam tiga perkara: mencintai Nabimu, mencintai keluarganya dan membaca al-Qur'an.
Sesungguhnya orang-orang yang membawa a!- Qur'an berada dalam naungan Arsy Allah ketika tidak ada naungan kecuali naungan Nya, bersama para nabi dan orang-orang suci." (Riwayat ath-Thabrani).
Para ulama terdahulu telah menekankan kepentingan dan keutamaan pengajaran al-Qur'an agar dimulakan sejak zaman kanak-kanak. Dalam Muqaddimah-nya, Ibun Khaldun mengisyaratkan pentingnya mengajar dan menghafal al-Qur'an kepada anak-anak. Menurut beliau pengajaran al-Qur'an adalah dasar pengajaran dalam semua kurikulum sekolah di berbagai negara Islam Sip, mantap!. Al-Qur’an merupakan semboyan agama yang mengukuhkan akidah. Begitu juga Ibnu Sina, dalam kitabnya "as-Siyasah", menekankan kaum muslimin seharusnya mempersiapkan fizikal dan mental anak yang dimulakan dengan pengajaran al-Qur'an. Imam al-Ghazali dalam Ihyanya pula mewasiatkan pengajaran al-Qur'an, hadis dan cerita orang-orang soleh kepada anak-anak. Malah telah menjadi suatu kebiasaan para orang tua menyerahkan anak-anak mereka kepada seorang syaikh murabbi (pendidik) untuk diajar al-Qur'an. Sehingga roh mereka begitu tinggi, hati mereka khusyuk, air mata mereka mudah berlinangan bila mengingati Allah. Inilah kesan lantunan gema al-Qur’an, keimanan dan aqidah yang telah meresap ke dalam jiwa.


"Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka." ( al-Hajj: 34-35).


Menumbuhkan Rasa Cinta pada al-Qur'an
“Tak kenal maka tak cinta.” “Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati.”
Ungkapan-ungkapan ini sering dilafazkan apabila kita berbicara tentang cinta. Oleh itu bagaimana menyuburkan rasa cinta dalam jiwa anak terhadap al-Qur'an? Hmmm Dalam hal ini ibu bapa adalah pihak yang paling berperanan menjadi pembentuk cinta tersebut. Rasa cinta akan tumbuh subur dalam jiwa anak-anak apabila mereka sering melihat dan membaca Al-Qur’an. Anak-anak akan terpengaruh dengan persekitaran yang dilihat disekelilingnya. Hidup dalam suasana membaca Al-Qur’an, membincangkan atau menghafal ayat-ayat suci al-Qur'an dalam sebuah keluarga akan menumbuhkan rasa hormat dan menimbulkan kebanggaan dalam jiwa anak kepada al-Qur'an.


Perlihatkanlah kepada anak-anak suasana indah bersama Al-Qur’an. Tidurkan mereka dengan kisah-kisah dari Al-Qur’an. Bukannya dongengan dari kayangan. Dodoikan anak-anak dengan dendangan Al-Qur’an. Pujuklah mereka dengan janji-janji dari Al-Qur’an. Takutkan mereka dengan ancaman dalam Al-Qur’an. Bukan takut binatang atau hantu atau kegelapan.Biarkan mereka kenal Al-Qur’an dalam kehidupan. Jangan jadikan Al-Qur’an asing dalam kehidupan. Hanya disentuh apabila ada kematian atau diletakkan tinggi kononnya dimuliakan sehingga dibaca anai-anai.


Semaklah bacaan al-Qur'an anak-anak sebagaimana kita menyemak tugas sekolah mereka. Putarkan alunan Al-Qur’an melalui pita rakaman. Bukan hanya lagu-lagu yang mengasyikkan. Gemakanlah Al-Qur’an dalan jiwa anak-anak agar ia melahirkan generasi cinta Al-Qur’an, mantap!.
Generasi tetap pendirian,
generasi yang hidup dengan semangat perjuangan.
Generasi yang sanggup menumpahkan darah demi mempertahankan Al-Qur’an.
Generasi bijak yang beriman.
Generasi yang berwawasan.
Generasi al-Qur’an…..
Ia bukan suatu dongengan.

|rahsia khusyuk|

Tuesday, February 16, 2010 at 3:19 AM

artike from www.iluvislam.com untuk tatapan bersama

 

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlisseorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'
Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.'
Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? '
Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengantujuh perkara:-


1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.'


Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap


kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'


'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibanding-kan dengan Hatim.

|corat coret lagi|

at 12:54 AM

2nd year lagi sket nak abes… just left with 1 practical paper…. and insyaAllah, lepas nie 5th sem lak menanti…. haha

by now, almost all batch 21 pon dah balik. yup, its like a totally different environment for me… lepas nie masuk batch baru and for sure somethings somewhere will be quite different. yes, i need to accept that i’m not in batch 21 anymore… haha

talking about future… its not something that you will know. you can plan, you can work towards it… but we always forget what Allah said. we always forget about qada’ and qadar (including me). so terimalah segala2 yang terjadi dengan hati yang terbuka :)

talking about future… again, we will think about what we want to be… marriage, business plan, and so on… too many things to be listed here… haha. its good to plan certain things from now as you can have see the path that you want to walk on.

its made me remember the 1st time i was introduced to usrah. yes… i am from a religious school. but i never come up on my mind about to “discover” Islam as a Muslim should. its like putting everything you learn from Syariah, Quran & Sunnah and so many things from theories into practical.

its like the path to Heaven is clear to you, and what you need to do is just to follow it. tambah2 lagi kalau secara berjemaah, mesti lebih bersemangat untuk bekerja kan? but there is always time when you deviate from the path… semoga Allah tetapkan hati2 kita yang mengikut jalan ini hingga sampai ke syurga. kalau nak diumpamakan… ianya macam bila seseorang bagi sesuatu yang paling berharga, paling bermakna, paling menyenangkan hati bagi kita… adakah sanggup bagi kita nak tinggalkan benda tu? sudah tentu tidak kan?

macam2 dugaan akan datang… teringat kata2 seorang Akhi… nak bergerak atas landasan Islam bukan mudah, mesti ade mcm2 rintangan… jadi bersedialah dengan kesabaran dan iman yang tinggi. mungkin sekarang baru sy terase ape yang dikatakan akhi tersebut.

jadi saya selalu ingat hadis yang mengatakan Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan pulang dalam keadaan asing. biarlah rugi di dunia… tapi janganlah kita rugi kat akhirat nanti. mmg susah nak ikut…. tapi insyaAllah x mustahil kalau kita betul2 percaya dgn janji Allah dan Rasulullah kan?

dan ingatlah… carilah keredhaan Allah dan bukan kemurkaanNya (nasihat untuk diri sendiri gak)

|after 4+ months|

Tuesday, February 9, 2010 at 9:06 PM

so… the battle for 2nd year university exam almost end. with theory paper ended on 8/10, now i only left with practical examination to go. well, i got mixed feeling for this one. feeling sad because i dont do my best in the previous university exam, feeling bad cuz i will not be in batch 21 anymore.

but being a refresher sometimes make you feels good. not on every aspect, but it feels like in a family cuz there is not many of us… just 13 ppl and its like everybody close to each other. lots of free time and other stuffs too…. haha

but, life is something you need to sail through. i really hope all of us can pass this university exam together… maybe we will not be in the same group in the 5th semester, but at least all of us will be in the same batch. lots of thing will change certainly, with new environment, lots of new faces and lots of thing which i can think about.

sometimes i ponder back when ppl ask me, why can you do quite good this time but not when you in batch 21? what have you done all the year long before? even i cannot answer that surely. haha

but there is one thing which i kept in my mind this time. i will never let my parents down anymore and i want this time, the exam goes on smoothly without much difficulties. alhamdulillah, my prayers was answered… and i hope Allah will guide me through the rest of the process.

  for all of my friends… i pray that success will always be with us… and i pray that this is the last time we repeat our papers.

and never stop walking… cuz our destination is still far away!