lirik dari lagu baru mirwana, bukti cinta… susunan kata2 yg menusuk hati… fikirkan dan fahami apa yang ingin disampaikan :)
Dari peti kaca dunia
Terungkap seribu kisah
Airmata jua sengsara
Wajah duka bumi Gaza
Namun semangat juangmu disulam
iman teguh
Tak luntur takkan pernah layu
Ujian melanda meragut bahagia
Pasrahmu tulus sujud pada yang Esa
Redhamu menggunung nyata
bukannya palsu
Terbukti cinta untuk Dia yang satu
Derita sengsara yang memusnah jiwa
Dengan tabah kau harungi jua
Tiada rintihan tiada rungutan tempuh
halangan
Darah yang mengalir membasahi bumi
Namun langkahmu takkan terhenti
Demi perjuangan demi menegakkan
kalimah Tuhan
Di sana derita terus menguji mereka
Di sini temasya tak pernah reda
Kita masih teruja riang dan berpesta
Walau Gaza kian merana dihina
Dugaan menimpa mengiringi kecewa
Pasrah mereka sujud pada yang Esa
Redha yang melangit tinggi tak
mungkin palsu
Namun apakah bukti cinta kita untuk
Dia yang Satu
Buktikan kasih zahirkan ia dengan
beribadah
Jelmakan cinta pada Tuhan
yang berkuasa atas segalanya
Kau boleh susun kata cinta
seindah rumi
Kau boleh gambarkan dengan kata
seluas bumi
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan
dan ungkapan
Jika zahir tak menunjuk jalan
Amalan yang jadi bukti cinta sejati
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi
Tapi hati terisi iman tak belah bagi
Menjelma jadi perjuangan tak kenal
berhenti
Akhlak menjadi cermin
Tuhan sentiasa hadir
Bukan sekadar ratib cinta hiasi bibir
Diselak tabir jiwa
Wajahnya pada tindakan
Serlahkan rupa cinta
Bukan palsu solekan
ingatlah…. Allah sentiasa hadir… bukan setakat kata2 yang terluah dari lisan
0 comments