[Al Asr... A Moment]

[Hukuman rotan syariah tidak melukakan]

Wednesday, August 26, 2009 at 6:56 AM
ditulis oleh Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

[Selamat Datang Ramadan]

Tuesday, August 25, 2009 at 4:08 AM

Selamat Datang Ramadan

Ahlan

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.

Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Doa ku 01

Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya”(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

SDC11622

Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud,“Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”.Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

termenung

Ramadan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadan adalah bulan bersedeqah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain. Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Matahari

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar” (Al-Quran).

Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud,“Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.

Calm_Islam_by_issam_zerr

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

HamasRallyImage4

Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.

Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

[Hakikat Ramadhan]

Monday, August 24, 2009 at 7:22 AM

Bulan Ramadahan atau bulan puasa merupakan bulan mulia dimana pada bulan Ramadhan ini, seluruh umat manusia yang beriman diberi kesempatan oleh Allah SWT sebagai Tuhan Semesta Alam untuk melaksanakan suatu ritual peribadatan puasa yang mulia demi kebaikan manusia itu sendiri.

Allah telah befirman dalam sebuah hadis qudsi yang disabdakan Rasulullah Muhammad SAW yang menyatakan bahawa “ … Sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan langsung menentukan imbalannya ….”

Seorang manusia yang mengaku sebagai hamba Allah pasti akan berusaha dengan seluruh upaya untuk menjalankan seluruh perintah Allah sebagai Tuhan yang dicintai dan mencintainya. Karena seorang hamba yang bijaksana menyedari betul bahwa tidak semua makhluk mendapat penunjukkan langsung untuk melaksanakan sebuah ritual peribadatan. Puasa hanya diperintahkan kepada orang-orang yang terpilih dan telah dipilih Allah Tuhan Semesta Alam ( Rabb Al ‘Alamin ) , Puasa diperintahkan hanya untuk orang-orang yang beriman kepada Allah yaitu orang-orang yang telah dipercaya Allah untuk melaksanakan ritual ibadah tersebut

“ Hai orang-orang yang beriman. Diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagai mana yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa “

Melalui pemahaman tersebut, maka tidak selayaknya seorang yang telah mendapat kepercayaan langsung dari Allah mensia-siakan kesempatan emas itu. “ Allah tidak pernah menurunkan suatu beban diluar kesanggupan hamban-Nya “, sudah cukup sebagai dasar bagi orang yang percaya bahwa ibadah puasa yang dinyatakan sebagai sebuah ritual ibadah untuk Allah pada hakikatnya merupakan sebuah ritual khusus yang mengandung kedalaman hikmah yang sebagian besarnya tidak sempat difikirkan oleh makhluk yang diciptakan dengan kemampuan akal dan logik yang sangat terbatas.

Dalam hadis qudsi yang lain Allah SWT telah berfirman melalui sabda Rasulullah Muhammad SAW bahwa “ … Aku tergantung prasangka hamba-Ku, ….. “ dan apabila dihubungkan dengan hadis qudsi diatas yang menyatakan bahwa “ …Sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan langsung menentukan imbalannya ….” Sungguh telah melahirkan sebuah pemahaman yang lebih mendalam lagi tentang hikmah yang terkandung dibalik pelaksanaan ritual ibadah puasa yang hanya diwajibkan kepada orang-orang yang beriman ini.

Dengan demikian, kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh rahmah ini merupakan sebuah penghargaan dan penghormatan yang sangat teramat tinggi nilainya bagi seorang hamba ketika mendapat kesempatan untuk melaksanakan suatu perintah yang berhubungan langsung dengan Tuhan yang dicintainya dan mendapat kesempatan untuk membuktikan cintanya kepada Kekasihnya itu

Seorang pecinta sejati tahu dan sedar betul bahwa ketika yang ada dalam hatinya hanya sang kekasih pujaan hati, maka bererti dia sedang jatuh cinta, ketika yang terucap dari bibirnya hanyalah namanya, maka bererti dia telah mencintainya dan ketika dia mendengar bahwa namanya juga diucapkan oleh pujaan hatinya, sang pecinta telah tahu bahwa sesunggunya dia telah dicintai.

Ketika Sang Khalik telah menitahkan sabda-Nya secara khusus kepada hamba-hamba yang dipercaya atas cintanya, maka pada saat itu seorang pecinta akan menyambut titah tersebut dengan penuh nafsu dan gelora cinta yang membara. Tidak ada hitungan waktu, material dan tenaga, haus dan lapar tidak akan terasa, penat dan letih akan terabaikan yang ada hanya semangat dan bara api cinta yang senatiasa terus bergelora ketika membayangkan kebahagiaan yang akan didapat ketika bertemu dan melepaskan beban rindu memadu biru dalam qalbu

Demikian sekilas hakikat ibadah puasa yang merupakan salah satu ibadah wajib yang utama yang tidak diperintahkan kepada semua manusia. Perkataan taqwa yang merupakan gelar langsung yang diberikan Allah SWT kepada hamba-hamba yang dikehendakinya merupakan suatu anugerah yang tidak tertandingi oleh anugrah lainnya. Ketika ibadah itu merupakan sesuatu yang khusus dilaksanakan untuk Allah dan Allah sendiri yang akan memberi langsung imbalannya, maka mulai dari Bulan Ramadhan yang suci ini, marilah kita bersama memantapkan kesadaran dan keyakinan dalam hati dengan seteguh-teguhnya untuk juga mempersembahkan secara langsung ibadah puasa ini kepada Allah tanpa perantara apapun atau siapapun kerana tidak ada kebahagian yang lebih tinggi nilainya bagi seorang hamba selain ketika bertemu dengan Tuhannya.