[Al Asr... A Moment]

|corat coret...lagi|

Friday, September 11, 2009 at 11:26 AM
selamat menyambut ramadhan....
selamat mengejar lailatul qadar...

hmm... rasenye dah agak lame jugak la x update blog nie... sebab kat rumah banyak bende nak wat kot... so.. since the end of the 2nd year nye exam smpai hari nie... a lot of things happen baik dari yang segi x brape baik (insyaAllah ade hikmahnye) dan dari segi yang baik (alhamdulillah).

tapi x pe... semoga perkare yg kurang baik tu menjadi pendorong utk menuju kearah kebaikan... insyaAllah. alhamdulillah, rase x brape ok tu sehari je... dgn tido yang cukup and muhasabah balik pastu trus ok... hehe.

nak dijadikan cerita... ade skali jalan2 kat jusco kinta city jap... tgh2 lepak kat secret recipe (pas blk tarawikh aa...) ade la plak MPH. rase x yah explain la kot MPH tu ape. tapi yang lebih mengejutkan lagi, kat luar tempat promo buku2, kebanyakannya buku2 agama... termasuklah karya2 ustaz hasrizal yang baru. rase mcm culture shock lak... sebab jarang kedai2 buku cam2 promo buku agama byk2.

jadi, saje2 la try masuk dalam tengok... tengok kat luar same x dengan ape yang didalam. alhamdulillah, kire banyakla buku2 dan kitab2 agama ade. rase terharu pon ade... haha. sedar x sedar lame la gak lepak kat dlm tu belek2 buku.. dan yg bestnye ramai gak orang yg bli.

dengan cuti yang berbaki beberapa hari je lagi ni... banyak lak mende nak wat tp x tau la sempat ke x. rabu depan lak ade program kat skolah... dah 4 tahun x balik ke SMKA Sultan Azlan Shah, mesti byk mende dah berubah. nak jumpe dgn member2 kat utp lg... harap2 la sempat... asyik ade hal je... haha.

sebenarnye... byk lagi nak tulis tapi mungkin cukup setakat nie je utk jam yang dah pukul 240 pagi... x tau la nape x bley tido... dah dkt smggu mcm nie... haha..

anyway, selamat mengejar pahala dan ganjaran ramadhan yang tinggal beberapa hari je lagi... dan semoga kita disampaikan kepada ramadhan yang bakal mendatang pada tahun2 seterusnya... jzkk

(btw terkejut hit byk sgt...)

[Hukuman rotan syariah tidak melukakan]

Wednesday, August 26, 2009 at 6:56 AM
ditulis oleh Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

[Selamat Datang Ramadan]

Tuesday, August 25, 2009 at 4:08 AM

Selamat Datang Ramadan

Ahlan

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.

Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Doa ku 01

Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya”(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

SDC11622

Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud,“Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”.Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

termenung

Ramadan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadan adalah bulan bersedeqah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain. Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Matahari

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar” (Al-Quran).

Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud,“Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.

Calm_Islam_by_issam_zerr

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

HamasRallyImage4

Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.

Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

[Hakikat Ramadhan]

Monday, August 24, 2009 at 7:22 AM

Bulan Ramadahan atau bulan puasa merupakan bulan mulia dimana pada bulan Ramadhan ini, seluruh umat manusia yang beriman diberi kesempatan oleh Allah SWT sebagai Tuhan Semesta Alam untuk melaksanakan suatu ritual peribadatan puasa yang mulia demi kebaikan manusia itu sendiri.

Allah telah befirman dalam sebuah hadis qudsi yang disabdakan Rasulullah Muhammad SAW yang menyatakan bahawa “ … Sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan langsung menentukan imbalannya ….”

Seorang manusia yang mengaku sebagai hamba Allah pasti akan berusaha dengan seluruh upaya untuk menjalankan seluruh perintah Allah sebagai Tuhan yang dicintai dan mencintainya. Karena seorang hamba yang bijaksana menyedari betul bahwa tidak semua makhluk mendapat penunjukkan langsung untuk melaksanakan sebuah ritual peribadatan. Puasa hanya diperintahkan kepada orang-orang yang terpilih dan telah dipilih Allah Tuhan Semesta Alam ( Rabb Al ‘Alamin ) , Puasa diperintahkan hanya untuk orang-orang yang beriman kepada Allah yaitu orang-orang yang telah dipercaya Allah untuk melaksanakan ritual ibadah tersebut

“ Hai orang-orang yang beriman. Diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagai mana yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa “

Melalui pemahaman tersebut, maka tidak selayaknya seorang yang telah mendapat kepercayaan langsung dari Allah mensia-siakan kesempatan emas itu. “ Allah tidak pernah menurunkan suatu beban diluar kesanggupan hamban-Nya “, sudah cukup sebagai dasar bagi orang yang percaya bahwa ibadah puasa yang dinyatakan sebagai sebuah ritual ibadah untuk Allah pada hakikatnya merupakan sebuah ritual khusus yang mengandung kedalaman hikmah yang sebagian besarnya tidak sempat difikirkan oleh makhluk yang diciptakan dengan kemampuan akal dan logik yang sangat terbatas.

Dalam hadis qudsi yang lain Allah SWT telah berfirman melalui sabda Rasulullah Muhammad SAW bahwa “ … Aku tergantung prasangka hamba-Ku, ….. “ dan apabila dihubungkan dengan hadis qudsi diatas yang menyatakan bahwa “ …Sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan langsung menentukan imbalannya ….” Sungguh telah melahirkan sebuah pemahaman yang lebih mendalam lagi tentang hikmah yang terkandung dibalik pelaksanaan ritual ibadah puasa yang hanya diwajibkan kepada orang-orang yang beriman ini.

Dengan demikian, kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh rahmah ini merupakan sebuah penghargaan dan penghormatan yang sangat teramat tinggi nilainya bagi seorang hamba ketika mendapat kesempatan untuk melaksanakan suatu perintah yang berhubungan langsung dengan Tuhan yang dicintainya dan mendapat kesempatan untuk membuktikan cintanya kepada Kekasihnya itu

Seorang pecinta sejati tahu dan sedar betul bahwa ketika yang ada dalam hatinya hanya sang kekasih pujaan hati, maka bererti dia sedang jatuh cinta, ketika yang terucap dari bibirnya hanyalah namanya, maka bererti dia telah mencintainya dan ketika dia mendengar bahwa namanya juga diucapkan oleh pujaan hatinya, sang pecinta telah tahu bahwa sesunggunya dia telah dicintai.

Ketika Sang Khalik telah menitahkan sabda-Nya secara khusus kepada hamba-hamba yang dipercaya atas cintanya, maka pada saat itu seorang pecinta akan menyambut titah tersebut dengan penuh nafsu dan gelora cinta yang membara. Tidak ada hitungan waktu, material dan tenaga, haus dan lapar tidak akan terasa, penat dan letih akan terabaikan yang ada hanya semangat dan bara api cinta yang senatiasa terus bergelora ketika membayangkan kebahagiaan yang akan didapat ketika bertemu dan melepaskan beban rindu memadu biru dalam qalbu

Demikian sekilas hakikat ibadah puasa yang merupakan salah satu ibadah wajib yang utama yang tidak diperintahkan kepada semua manusia. Perkataan taqwa yang merupakan gelar langsung yang diberikan Allah SWT kepada hamba-hamba yang dikehendakinya merupakan suatu anugerah yang tidak tertandingi oleh anugrah lainnya. Ketika ibadah itu merupakan sesuatu yang khusus dilaksanakan untuk Allah dan Allah sendiri yang akan memberi langsung imbalannya, maka mulai dari Bulan Ramadhan yang suci ini, marilah kita bersama memantapkan kesadaran dan keyakinan dalam hati dengan seteguh-teguhnya untuk juga mempersembahkan secara langsung ibadah puasa ini kepada Allah tanpa perantara apapun atau siapapun kerana tidak ada kebahagian yang lebih tinggi nilainya bagi seorang hamba selain ketika bertemu dengan Tuhannya.

[corat coret3]

Monday, July 27, 2009 at 1:19 PM
waktu sekarang menunjukkan dah pukul 2 pagi... tapi mata tak jugak nak pejam...
jadi, untuk "membuang" sedikit masa yang ada terlintas pulak di hati nak mengarang sedikit...
mungkin isu ini agak sensitif, tapi saya agak berminat nak sembang-sembang sedikit tentang tajuk nie...
bagi saya, mungkin lebih sesuai kalau dipanggil "antara politik berdasarkan bangsa dan politik berdasarkan agama". lebih kurang beginilah tajuk yang saya nak bagi.
baiklah, kenapa saya pilih topik nie? ini disebabkan baru2 ini kalau kita tengok senario politik malaysia, pelbagai perkara dibincangkan... dari perjuangan menegakkan martabat bangsa, menuntut hak sebagai rakyat Malaysia, menegakkan perjuangan agama, mempertahankan kebudayaan dan bahasa dan sebagainya.
dari isu2 ini, timbul pulak macam tuduhan, tohmahan, fitnah atau nama2 lain yang sesuai diberi jika kita lihat dalam akhbar akhbar harian di Malaysia.

sebelum itu, saya nak tegaskan bahawa penulisan ini adalah pendapat saya semata-mata. tapi mungkin saya akan cenderung kearah sesuatu pihak... jadi maaflah... jika anda nak terima, silalah, jika tidak, bagi saya tidak mengapa.

jika kita perhatikan, zaman sekarang ini di Malaysia perjuangan politik berdasarkan bangsa amat meluas dan ramai ahli-ahli politik yang melaungkan slogan2 memperjuangkan bangsa2 mereka. ada yang mengatakan kaum mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya, ada yang mengatakan mereka mempunyai hak yang telah termaktub dalam perlembagaan negara dan sebagainya. tetapi, the point is, dapatkah pemerintah memuaskan kesemua kehendak pihak2 tersebut. mungkin ya mungkin tidak.

kerana bagi saya perjuangan berdasarkan bangsa akan menjadi lebih tertumpu kepada satu pihak dan pihak2 yang lain mungkin akan merasa kurang senang kerana hak2 mereka mungkin akan terkikis. bukan senang nak menjaga hati semua orang kan? bahkan, ketegangan antara kaum mungkin boleh terjadi jika terdapat pihak2 yang cuba mengapi apikan diantara dua kaum (semoga x jadi mcm nie kat Malaysia).

kemudian, politik berdasarkan bangsa bagi saya mungkin akan menyebabkan jurang antara kaum semakin meluas. sesebuah pihak akan mementingkan kaumnya sendiri berbanding membantu sahabat2 berlainan kaum yang sama sama berlindung di bawah satu perlembagaan.

jika kita lihat politik berdasarkan agama, yang ingin saya tekankan disini ialah politik berdasarkan prinsip2 Islam, ianya lebih meluas dan lebih adil. kenapa saya mengatakan sedemikian? pertama sekali, jika kita lihat dalam sistem politik Islam, hak setiap rakyat hendaklah dipenuhi dan dibahagikan secara adil. kerana dalam sistem politik Islam, pemimpin adalah seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengurus rakyatnya dan bukan untuk mengambil kesempatan. selaras dengan Islam itu sendiri yang bertujuan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.

kalau kita lihat, sampai mana politik berdasarkan bangsa akan berjaya? adakah disebut dalam al-Quran yang pada akhirat orang yang memperjuangkan bangsa semata mata akan berjaya? sudah tentu tidak. adakah kita diajar bangsa kita lebih hebat berbanding bangsa2 lain di dalam al-Quran? tetapi kita disuruh untuk membantu dan saling mengenali. bukannya untuk menjatuhkan satu sama lain. banyak manfaat lain yang kita dapat lihat jika kita mengamalkan sistem politik dan pemerintahan Islam. munkin akan ada org meragui dari segi pembangunan, mereka melihat investment mungkin kurang, development kurang, kewangan negara jatuh dan sebagainya. tapi betul ke akan jadi mcm tu? kalau kita tgk zaman2 khilafah dulu... sape empayar paling kaya? adakah diorg pkai sistem kapitalis macam sekarang? kene pkai riba jugak ke kalau nak untung? sudah tentu tidak.

jadi, bagi saya politik berdasarkan Islam adalah lebih meluas, lebih adil dan semestinya dapat melahirkan sebuah negara yang kuat. kalau kita asyik dengan perjuangan bangsa semata-mata.. x ke seronok Israel tengok? nnti orang Melayu kate... oh... orang Palestin orang Arab... biarlah Pak Arab yang tolong. semoga kita dijauhkan dari menjadi golongan yang macam tu.

dan yang paling penting bagi saya... kita hendaklah melahirkan sebuah sistem yang mampu melahirkan pemimpim2 yang fikrahnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. jika kita bergantung pada seseorang individu... nescaya perjuangan menegakkan Islam x sampai kemana.
kita tengok Hamas, walaupun seorang demi seorang pemimpin mereka dibunuh oleh rejim Israel, perjuangan mereka sentiasa kukuh dan ada sahaja pemimpin2 yang mampu mengemudikan perjuangan mereka.

akhir sekali, saya amat2 berharap... pemimpin2 politik yang beragama Islam kembali memperjuangkan agama... bukan kemaruk memperjuangkan bangsa semata-mata.

[Alasan]

Sunday, July 26, 2009 at 10:38 PM
Alasan adalah fenomena biasa yg mungkin dihadapi dalam usaha membangkitkan masyarakat yg berjiwa lemah, malas, dan tak pandai susun keutamaan. Alasan yang saya maksudkan di sini adalah alasan yang biasa diberi utk meminta excuse daripada perkara yang ditentukan sebagai wajib ke atas dirinya, terutama dalam tarbiyyah Islam. Alasan adalah satu grey area, kerana kadang2 alasannya memang syar’i, dan kadang2 ia memang tak mampu dielak, namun kadang2 ia sekadar jalan keluar bagi mereka yang memang enggan lagi tiada berkehendak.

Seseorang tidak perlu pengalaman yg banyak utk membolehkannya membaca alasan orang. Dengan sekadar memahami kehidupan rutin manusia, dia sudah dapat mengesan adakah alasan ini benar, sudah cukupkah usaha si pemberi alasan itu utk mengelakkannya dari memberi alasan, atau adakah dia sengaja memberi alasan kerana lebih cenderung kepada “prog.”nya yg lagi satu. Ini lumrah yang boleh dibaca ibarat potential/voltage difference yang diukur oleh voltmeter. Walaupun, alasan tersebut akhirnya terpaksa diterima juga.

Cubalah mengelak dari mencipta alasan

Kita biasa mendengar kisah seorang dari Ikhwan yang terpaksa berjalan kaki berkilometer semata2 untuk ke halaqah kerana dia telah menggadaikan basikalnya untuk dia berinfak kepada Ikhwan. Walaupun jauh, tiada transport, bahkan gadaiannya adalah untuk Ikhwan, jiwanya tidaklah kecil untuk menggunakan situasinya itu sebagai alasan untuk tidak hadir ke halaqah, walaupun dia tiba lewat.

Kita sepatutnya mencari jalan keluar dari kesempitan alasan. Alasan sepatutnya dianggap sebagai penghalang, bukan penghujung jalan. Ia harus diatasi, bukan kita tewas kepadanya. Kita harus meneroka jalan lain untuk mengelak roadblock untuk sampai ke destinasi, bukan pulang dengan kecewa.

Sangat menghampakan orang yang sengaja tidak mahu mencari jalan keluar dari predicament-nya, dan membiarkan dirinya dikawal “suasana”, sedangkan keputusan dirinya sepatutnya ditangannya sendiri, bukan ditangan orang lain. Ini adalah contoh jiwa yang kecil yang tidak mampu berkorban.

Lebih menghampakan, adalah seseorang yang bukan sekadar tidak berusaha mengelak halangan, bahkan gembira dengan halangannya tersebut, supaya ia diberi alasan untuk tidak melakukan tugasnya atau tidak hadir ke programnya. Ini adalah contoh bukan sekadar jiwa kecil, tetapi berpenyakit.

Paling menghampakan adalah orang yang sengaja mencipta-cipta alasan sendiri, contohnya sengaja menyibuk2kan diri, mencari tugasan lain, keluar ke tempat lain, atau memberi alasan kosong, sedangkan dia tahu waktu itu waktu mabit, daurah, halaqah, atau mukhayyam, etc. Walaupun alasannya tidak logik, dia sanggup mengemukakannya asalkan ia boleh terlepas. Ini adalah contoh jiwa yang sudah hilang punca.

Rasa Bersalah & Rugi

Al-Quran serta sirah Rasulullah menunjukkan orang munafik sahaja yang suka memberi alasan untuk mengelak dari turut serta dalam program2 peperangan Rasulullah. Gulp! Mereka memberi alasan yang pelbagai, tapi sebagai manusia & pemimpin, Rasulullah menerimanya dengan penuh berhati2. Dengan itu, orang munafik merasa lega dan gembira kerana tidak perlu serta dalam peperangan. Orang beriman pula akan rasa sangat bersalah, dan rugi sekiranya terhalang daripada ikut berperang; termasuk orang2 tua & kaki pincang seperti Amr b Jamuh (akhirnya dia berperang juga!), dan orang2 muda seperti Usamah b Zaid, Zaid b Arqam (sewaktu mereka kecil), begitu juga yang orang2 yang uzur.

Orang beriman yang tiada alasan syar’i namun ditakdirkan Allah tiada kekuatan jiwa untuk pergi, mereka akan langsung mengaku tiada alasan, dan menerima keputusan/hukuman Allah ke atas mereka dengan rela, sebagaimana Ka’ab bin Malik & 2 lagi sahabatnya. Ini bukanlah untuk membenarkan kita bermalas2 dan berundur tanpa alasan, asalkan rasa bersalah ada di hati, Tidak sama sekali! Point di sini adalah, andaikata kita terpaksa memberi alasan dari perkara wajib (tarbiyah), kerana outstation, exam, etc, kita perlu rasa ia satu kerugian pada diri kita. Kita sepatutnya rasa berat, rugi, bersalah kerana tak mampu mengelak untuk benda yang difahami wajib dan akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Usaha saya

Bg perkara2 yg wajib ke atas saya, saya akan berusaha mengelak agar tiada berlaku pertindanan dengan prog wajib saya. Namun, walaupun kadang2 mmg ada alasan, & terpaksa kemukakan alasan tersebut, namun sementara itu, saya tetap akan sedaya upaya untuk menghadirkan diri ke program atau melakukan tugasan wajib tersebut. Perkara yg tak wajib tu lain la, itu mmg kelonggaran.. Tapi maksud saya ttg perkara2 yg disepakati wajib, namun masih terpaksa minta di-excuse krn faktor2 tertentu. Alasan & keizinan utk saya dilepaskan sementara bukanlah bermakna saya sudah tidak perlu berusaha mencari jalan utk keluar.

Bahkan, sekiranya saya benar2 tak available pada sesekian tarikh, saya akan pohon prog wajib tersebut dianjakkan ke waktu lain untuk accommodate saya. Ini boleh dilakukan untuk prog yang orangnya sedikit seperti halaqah. Namun, kalau tak dapat juga, maka perlu ada perasaan “rasa rugi”, bukan lega kerana diberi pelepasan.

Semoga kita sama2 ter-elak dari penyakit memberi alasan ini dan terelak dari sebarang sifat munafik.

Saya menulis entry ini bukan untuk ditujukan secara spesifik kepada sesiapa, bukan juga supaya kita memerhatikan kawan2 kita. Ia lebih kepada satu pengalaman common yang mungkin dihadapi oleh orang-orang dalam perjalanan pertarungan jiwa. Bahkan, perasaan ingin beralasan-alasan itu mungkin muncul dari dalam diri kita sendiri, bukan datang dari orang yang lain. Jadi, harap kita sama2 berwaspada, memperbaiki diri dan juga memperingatkan orang lain.

Penutup

Hati-hatilah dengan beralasan! Jangan mula memberi alasan pertama, kerana ia membuka jalan untuk alasan kedua dan ketiga; Jangan sampai alasan-lah yang menyebabkan penglibatan kita dalam amal Islam sekadar tinggal sejarah lama.

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” -George Washington Carver-

Seorang Murabbi pernah berpesan, mafhumnya:
Sekiranya kita ingin memberi alasan, fikirkan adakah alasan kita ini akan diterima oleh Allah?

dipetik dari : blog akhi aizuddin

[kesannya zahir, rupanya maknawi]

Sunday, July 19, 2009 at 9:54 AM

Hakikat Bahagia - UNIC

sebuah lagu yang mengingatkan kita dengan mengingati Allah... insyaAllah jiwa menjadi tenang,
walaupun ketika kesusahan datang melanda.