Seseorang tidak perlu pengalaman yg banyak utk membolehkannya membaca alasan orang. Dengan sekadar memahami kehidupan rutin manusia, dia sudah dapat mengesan adakah alasan ini benar, sudah cukupkah usaha si pemberi alasan itu utk mengelakkannya dari memberi alasan, atau adakah dia sengaja memberi alasan kerana lebih cenderung kepada “prog.”nya yg lagi satu. Ini lumrah yang boleh dibaca ibarat potential/voltage difference yang diukur oleh voltmeter. Walaupun, alasan tersebut akhirnya terpaksa diterima juga.
Cubalah mengelak dari mencipta alasan
Kita biasa mendengar kisah seorang dari Ikhwan yang terpaksa berjalan kaki berkilometer semata2 untuk ke halaqah kerana dia telah menggadaikan basikalnya untuk dia berinfak kepada Ikhwan. Walaupun jauh, tiada transport, bahkan gadaiannya adalah untuk Ikhwan, jiwanya tidaklah kecil untuk menggunakan situasinya itu sebagai alasan untuk tidak hadir ke halaqah, walaupun dia tiba lewat.
Kita sepatutnya mencari jalan keluar dari kesempitan alasan. Alasan sepatutnya dianggap sebagai penghalang, bukan penghujung jalan. Ia harus diatasi, bukan kita tewas kepadanya. Kita harus meneroka jalan lain untuk mengelak roadblock untuk sampai ke destinasi, bukan pulang dengan kecewa.
Sangat menghampakan orang yang sengaja tidak mahu mencari jalan keluar dari predicament-nya, dan membiarkan dirinya dikawal “suasana”, sedangkan keputusan dirinya sepatutnya ditangannya sendiri, bukan ditangan orang lain. Ini adalah contoh jiwa yang kecil yang tidak mampu berkorban.
Lebih menghampakan, adalah seseorang yang bukan sekadar tidak berusaha mengelak halangan, bahkan gembira dengan halangannya tersebut, supaya ia diberi alasan untuk tidak melakukan tugasnya atau tidak hadir ke programnya. Ini adalah contoh bukan sekadar jiwa kecil, tetapi berpenyakit.
Paling menghampakan adalah orang yang sengaja mencipta-cipta alasan sendiri, contohnya sengaja menyibuk2kan diri, mencari tugasan lain, keluar ke tempat lain, atau memberi alasan kosong, sedangkan dia tahu waktu itu waktu mabit, daurah, halaqah, atau mukhayyam, etc. Walaupun alasannya tidak logik, dia sanggup mengemukakannya asalkan ia boleh terlepas. Ini adalah contoh jiwa yang sudah hilang punca.
Rasa Bersalah & Rugi
Al-Quran serta sirah Rasulullah menunjukkan orang munafik sahaja yang suka memberi alasan untuk mengelak dari turut serta dalam program2 peperangan Rasulullah. Gulp! Mereka memberi alasan yang pelbagai, tapi sebagai manusia & pemimpin, Rasulullah menerimanya dengan penuh berhati2. Dengan itu, orang munafik merasa lega dan gembira kerana tidak perlu serta dalam peperangan. Orang beriman pula akan rasa sangat bersalah, dan rugi sekiranya terhalang daripada ikut berperang; termasuk orang2 tua & kaki pincang seperti Amr b Jamuh (akhirnya dia berperang juga!), dan orang2 muda seperti Usamah b Zaid, Zaid b Arqam (sewaktu mereka kecil), begitu juga yang orang2 yang uzur.
Orang beriman yang tiada alasan syar’i namun ditakdirkan Allah tiada kekuatan jiwa untuk pergi, mereka akan langsung mengaku tiada alasan, dan menerima keputusan/hukuman Allah ke atas mereka dengan rela, sebagaimana Ka’ab bin Malik & 2 lagi sahabatnya. Ini bukanlah untuk membenarkan kita bermalas2 dan berundur tanpa alasan, asalkan rasa bersalah ada di hati, Tidak sama sekali! Point di sini adalah, andaikata kita terpaksa memberi alasan dari perkara wajib (tarbiyah), kerana outstation, exam, etc, kita perlu rasa ia satu kerugian pada diri kita. Kita sepatutnya rasa berat, rugi, bersalah kerana tak mampu mengelak untuk benda yang difahami wajib dan akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Usaha saya
Bg perkara2 yg wajib ke atas saya, saya akan berusaha mengelak agar tiada berlaku pertindanan dengan prog wajib saya. Namun, walaupun kadang2 mmg ada alasan, & terpaksa kemukakan alasan tersebut, namun sementara itu, saya tetap akan sedaya upaya untuk menghadirkan diri ke program atau melakukan tugasan wajib tersebut. Perkara yg tak wajib tu lain la, itu mmg kelonggaran.. Tapi maksud saya ttg perkara2 yg disepakati wajib, namun masih terpaksa minta di-excuse krn faktor2 tertentu. Alasan & keizinan utk saya dilepaskan sementara bukanlah bermakna saya sudah tidak perlu berusaha mencari jalan utk keluar.
Bahkan, sekiranya saya benar2 tak available pada sesekian tarikh, saya akan pohon prog wajib tersebut dianjakkan ke waktu lain untuk accommodate saya. Ini boleh dilakukan untuk prog yang orangnya sedikit seperti halaqah. Namun, kalau tak dapat juga, maka perlu ada perasaan “rasa rugi”, bukan lega kerana diberi pelepasan.
Semoga kita sama2 ter-elak dari penyakit memberi alasan ini dan terelak dari sebarang sifat munafik.
Saya menulis entry ini bukan untuk ditujukan secara spesifik kepada sesiapa, bukan juga supaya kita memerhatikan kawan2 kita. Ia lebih kepada satu pengalaman common yang mungkin dihadapi oleh orang-orang dalam perjalanan pertarungan jiwa. Bahkan, perasaan ingin beralasan-alasan itu mungkin muncul dari dalam diri kita sendiri, bukan datang dari orang yang lain. Jadi, harap kita sama2 berwaspada, memperbaiki diri dan juga memperingatkan orang lain.
Penutup
Hati-hatilah dengan beralasan! Jangan mula memberi alasan pertama, kerana ia membuka jalan untuk alasan kedua dan ketiga; Jangan sampai alasan-lah yang menyebabkan penglibatan kita dalam amal Islam sekadar tinggal sejarah lama.
“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” -George Washington Carver-
Seorang Murabbi pernah berpesan, mafhumnya: Sekiranya kita ingin memberi alasan, fikirkan adakah alasan kita ini akan diterima oleh Allah?
dipetik dari : blog akhi aizuddin
0 comments